Nama Ahli Kumpulan :
- NUR SAKILA HIDAYA (14DAT21F1003)
- NURSHAMIMIE ARINA (14DAT21F1053)
- SITI MAISARAH (14DAT21F1017)
- NADZIRAH AFIQAH (14DAT21F1072)
- NUR ALEEYA NATASYA (14DAT21F1006)
TOPIK 4 : PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
4.2 KESEPADUAN
Apa itu kesepaduan ?
- Penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial.
- Kebudayaan yang berbeza.
- Menjadi satu entiti fizikal.
- Penyatuan yang berbentuk zahir dan luaran.
4.2.1 Kesepaduan Sosial Dalam Aspek Politik Federalisme
Kerajaan tempatan dan federalisme merupakan konsep penting yang digunakan dalam perbincangan kertas kajian ini. Justeru, ulasan ringkas ketiga-tiga konsep ini dibincangkan berdasarkan kepada perspektif Malaysia. Konsep pertama adalah sebuah organisasi tetap yang mana tujuan dasarnya adalah untuk bertanding dalam pilihan raya dan mendapatkan kuasa.
Parti-parti politik pembangkang sebelum ini membentuk Pakatan Harapan, memenangi PRU Ke-14 tanpa pertumpahan darah, dan membentuk kerajaan dalam tahun 2018.
UMNO dan PAS memeteri piagam muafakat nasional dalam perhimpunan penyatuan ummah.
Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/606749/umno-pas-meterai-piagam (14 Sept 2019)
4.2.2 Kesepaduan Sosial Dalam Aspek Bahasa
"Bahasa Melayu penting dami kelangsungan"
Kenyataan bahawa peranan bahasa Melayu untuk perpaduan sahaja dan bahawa bahasa Inggeris pula untuk kemajuan negara yang perlu ditolak. Peranannya sebagai alat perpaduan seperti dihasratkan dalam semua laporan pendidikan dan lain tidak pernah kesampaian.
Dengan kata lain, ia tidak berjaya mendukung peranan itu. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila berseminya polarisasi kaum di sekolah, berterusan di institusi pendidikan tinggi dan kekal abadi di tempat kerja.
Punca kegagalan kelangsungan bahasa melayu dalam kehidupan :
- Banyak pihak khususnya kaum bukan melayu yang tidak pernah menerima bahasa melayu dalam peranan penting kehidupan.
- Tidak mahu menguasai untuk tujuan integratif.
- bahasa melayu diketahui tetapi tidak dikuasai atas sebab syarat wajib lulus dalam sistem pendidikan negara.
Bahasa Inggeris ambil peranan
Kini peranannya selaku bahasa rasmi pula mahu diambil alih bahasa Inggeris. Ia bukannya tidak mampu selepas berstatus bahasa saintifik moden yang memang layak untuk memajukan negara kerana berupaya mengungkapkan sebarang hal dalam semua bidang ilmu. Namun, ia mahu digantikan juga dan dipersetujui pula kaum Melayu sendiri yang menuturkannya sebagai bahasa ibunda, etnik dan leluhur. Ia mula digantikan melalui Program Dwibahasa, iaitu pendidikan mata pelajaran tertentu dalam bahasa Inggeris pada sebilangan sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.
Dengan kedua-dua peranan bahasa peranan bahasa negara yang tidak berhasil sebagai bahasa kebangsaan dan kurang menjadi selaku bahasa rasmi, wibawa bahasa Melayu sebetulnya terbantu dalam proses pembentukan negara bangsa yang bersatu dan maju pula. Sehubungan ini, ia gagal membangkitkan sentimen nasioanal, nasionaliti dan nasionalisme untuk melahirkan rakyat yang terikat kuat dengan negara ini dari segi bahasa negaranya.
Pada masa ia juga gagal diterima sebagai bahasa yang mampu memberi kuasa sosioekonomi kepada rakyat walaupun selepas diiktiraf kerajaan.
Bahasa untuk semua
Lebih penting dalam kejayaan pembentukan komuniti national ini melalui bahasa Melayu ialah munculnya peranan bertanggungjawab dalam kalangan semua untuk memastikan bahasa Melayu bahasa sepunya dalam kehidupan harian kita sebagai warganegara.
Sosialisasi komuniti national melalui bahasa Melayu ini perlu memastikan pembudayaan lambang bahasa Melayu sebagai kebanggaan negara selain kemajuannya.
Dengan ini, bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahagian terutama dalam takrifan kita sebagai warganegara, sama ada ketika berada di dalam mahupun di luar negara, selain mengenai negara ini dalam semua konteks.
4.2.3 Kesepaduan Sosial Dalam Aspek Etnisiti
Etnik merupakan kelompok manusia yang anggotanya mengaitkan diri melalui sesuatu warisan, bahasa, dan cara hidup yang sepunya.
- Setiap etnik saling berhubung menggunakan bahasa Melayu iaitu sebagai bahasa kebangsaan dalam pertuturan harian sehingga fasih.
- Masyarakat Malaysia mampu hidup bersatu walaupun berbeza bahasa, agama dan kepercayaan.
- Keadaan ini wujud kerana setipa etnik saling bergantung antara satu sama lain untuk kelangsungan hidup masing masing.
- makanan
Kesepaduan etknik melaui:
- masakan berkari
- kari asalnya dari kaum India. Masakan kari India tidak menggunakan santan.
- bagi kaum Melayu pula mereka meletakkan santan kedalam masakan kari.
- kaum Cina juga telah megadaptasi kari dalam masakan pelbagai mereka seperti mee kari.
- nasi ayam
- nasi ayam asalnya dibuat oleh kaum Cina, ayamnya disediakan dengan cara kukus.
- namun diolah oleh kaum Melayu dengan cara ayamnya digoreng.
- walaupon cara penyediaannya berlainan, namun nasi ayam tetap dinikmati oleh pelbagai etnik di Malaysia.
- dimsum
2. kesenian
Dilihat dalam produk seni berkanaan
- Penghasilan sebuah karya muzik :
- Kompuser muzik - etnik cina yang mendapat pendidikan muzik dari barat & ingin mengetengahkan bunyi daripada alat muzik tradisional Cina.
- Penulis lirik - dari Sarawak yang ingin menghasilkan lirik yang sesuai dengan selera pendengar dalam kalangan etnik Melayu.
- Penyanyi - terdiri daripada gabungan penyanyi daripada pelbagai etnik.
- Menghasilkan suatu bentuk muzik yang sempurna mengandungi unsur muzik campuran pelbagai etnik yang didengar / dinikmati juga oleh pelbagai etnik.
- Tan Sri P. Ramlee - lagu "Aci-Aci Buka Pintu" & "Haiya Cik Siti"
- lagu-lagu tersebut memuatkan unsur pelbagai etnik.
- begitu juga dalam filem-filem yang beliau hasilkan yang memuatkan watak bukan Melayu mencerminkan kewujudan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.
2. Program kartun - "Upin dan Ipin"
- Diterbitkan oleh Syarikat Les Copaque Sdn.Bhd hasil kerja berpasukan yang terdiri daripada Tan Shiek Wei, Usmah Zaid, Shafiq, Tan Ying Sowk Mohd Faiz & Fuad Md. Din
- Setiap episod mengetengahkan karektor kanak-kanak pelbagai etnik yang terdapat di Malaysia.
- Gabungan pelbagai etnik membentuk ikatan sosial yang saling berkait & saling bergantung antara satu sama lain.
4.2.4 Kesepaduan Sosial Dalam Aspek Agama
Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan budaya yang pada asasnya hidup secara aman dan damai. Kepelbagaian ini satu keunikan yang sepatutnya dirai dan menjadi kebanggaan rakyat kita.
Keharmonian dalam kemajmukan ini menjadikan Malaysia negara yang sering dicontohi masyarakat antarabangsa, namun sebagai negara dengan rakyat berbilang kaum dan budaya, masyarakat kita kadangkala berdepan isu sensitif yang boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian.
Isu ini selalunya menyentuh soal perbezaan kefahaman mengenai agama, budaya dan kaum masing-masing. Justeru, perbezaan dan kepelbagaian ini perlu ditangani dan diuruskan sebaik mungkin untuk mengelakkan tercetusnya sebarang perkara tidak diingini.








